Mari mengenal ejaan
1. Konsonan yang hilang apabila tergigit lidah selalunya ialah huruf (g) sabdu bertemu dengan huruf (n) baris bawah. Contohnya:-
Pening = penin
Pusing = pusin
Kuning = kunin
Kucing = kucin
Kencing = kencin
Keling = kelin
Contoh Ayat: Kucin kunin itu penin selepas kencin berpusin-pusin.
2. Selain itu huruf (g), huruf (k) juga menjadi mangsa kekejaman. Ini disebabkan pinjaman daripada perkataan Inggeris yang cuba dimelayukan. Contohnya:-
Bank = ben
Pink = pin
Contoh Ayat: "Abe! bagi milo ben satu" kata Ridhwan kepada abang berbaju pin itu.
3. Selain itu kekeliruan konsonan (r) selalu disalahfahamkan apabila terlalu seronok bersembang. Selalunya ia merujuk kepada benda seperti:-
Diadoran = diadora
Federal Highway = Federere Roche
4. Kesilapan pada huruf vokal (i) atau (a) juga boleh berlaku sekiranya anda orang Johor yang lahir di KL. Contohnya:-
Ambil = amek
Pijak = pejak
Kilang = kelang
Contoh Ayat: Kelang Si Paku Kelang… Kelang Si Rama-rama.. Pulang marilah pulang..
5. Kadang-kadang, apabila terlalu konfiden, kita juga akan tersalah sebut nama walaupun orang itu famous. Antara mangsanya ialah:-
Akhil Hayy = Akhil Hawi (alasannya huruf x jelas)
S.M Salim = SMS Salim ke nombor 32325…
Nurkilan oleh ~ azriff
1 comments:
contoh ayat : azmi penin melihat akhil hawi pergi ke mayben dan pergi amek teh o ben di ferero rocher lalu melintas kucin yg pusin
Post a Comment