BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 11, 2009

Al Kisah...

Bila pompuan tengok filem sesuatu cerita
Silap silap pompuan boleh meleleh air mata
Lelaki senyum sendiri apa pun tak kata
Maklum la pompuan, tangkap feeling dengan cerita yang dia suka

Andai lelaki layan sesuatu cerita
Kadang kadang lelaki ada jugak rasa nak meleleh air mata
Tapi baik lelaki tahan dan cover seadanya
Kang buta buta aje kena gelak dengan pompuan gila gila

Bila pompuan dah melekat dengan cerita yang di minati
Pompuan asyik dok ajak lelaki, tengok berulang ulang kali
Lelaki senyum ajer, takpa la...layan ajer sekaki
Maklum la pompuan, kalau dia dah suka takleh nak kata apa lagi

Kadang kadang bila lelaki dah minat dengan satu cerita
Kalau nak ulang, baik lelaki tengok sorang sorang saja
Sebab kalau ajak pompuan join layan sama
Lepas 5 minit, aik??? Pompuan tu dah buat taik mata

Bila pompuan dah suka dengan suatu cerita
Berhari hari bila sembang, topik cerita tu saja
Lelaki dengar, senyum sabar dan angguk angguk kepala
Tak layan kang, pompuan tarik muncung berjela jela

Andaikata lelaki syok dengan satu cerita
Kalau nak bersembang, baik buka topik lain saja
Kang pompuan boleh rasa sakit jiwa
Buta buta aje pompuan kata lelaki ni gila

Tapi semua ni dah jadi bukti
Betapa sayangnya lelaki kat orang pompuan ni
Cerita pompuan suka, lelaki kena paksa diri minati
Cerita lelaki suka, pandai pandai la layan sorang diri


Renung Renungkan,
Dan Selamat Beramal....

Disedut dr petikan:
Layan Kepala..

2 comments:

Anonymous said...

macam ada kene mengena dgn sape2 je

Dilakochan said...

Kwang kwang kwang..
Siapalah itu...